23 Mei 2026 | Seberang Perai Tengah
Warga PERDA telah mengambil bahagian dalam program TYT Kuala Mengkuang Eco Ride 2026 yang berlangsung pada 23 Mei 2026 di Kampung Kuala Mengkuang, Seberang Perai Tengah.
Warga PERDA telah mengambil bahagian dalam program TYT Kuala Mengkuang Eco Ride 2026 yang berlangsung pada 23 Mei 2026 di Kampung Kuala Mengkuang, Seberang Perai Tengah.
Penyertaan ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA sebagai tanda sokongan terhadap usaha memupuk budaya hidup sihat, memperkukuh hubungan komuniti serta meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Program ini turut menjadi platform terbaik dalam mengeratkan hubungan strategik antara agensi kerajaan, komuniti setempat dan pelbagai pihak yang terlibat demi pembangunan masyarakat yang lebih aktif, harmoni dan lestari.
Tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan program yang penuh manfaat ini. Semoga semangat kebersamaan dan budaya hidup sihat terus diperkasakan demi kesejahteraan masyarakat.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
