Lawatan Kerja MARA ke PERDA Halal Park

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
11 Mei 2026    |     Kubang Menerong

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari bin Aziz dan Pengarah MARA Negeri Pulau Pinang, Encik Abdul Halim bin Mohammad telah diadakan di Kompleks PERDA Food Park pada 11 Mei 2026.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA serta Encik Mohd. Hazahari bin Md Haris, Pengurus Pembangunan Ekonomi PERDA.

Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama antara PERDA dan MARA dalam pembangunan industri halal di Malaysia.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkasa demi menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan usahawan halal negara.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.