Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
15 Mei 2026    |     Butterworth

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bagi meraikan warga kerja PERDA yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang serta komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun 2025.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi PERDA, Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar PERDA, Dato' Haji Mohd Asri Baharum, serta Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Puan Noor Hayati binti Ishak dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Tuan Haji Anuar bin Shahab.

Seramai 23 orang penerima APC telah menerima pengiktirafan berupa wang tunai RM1,000.00, bag bagasi serta sijil penghargaan sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan perkhidmatan yang ditunjukkan.

Selain itu, seramai 18 orang turut menerima Anugerah Penghargaan manakala seorang penerima telah dianugerahkan Anugerah Penghargaan Pengurus Besar di atas pencapaian luar biasa dalam mengharumkan nama PERDA di pelbagai peringkat. Kedua-dua kategori tersebut menerima bag bagasi dan sijil penghargaan sebagai saguhati.

Penganjuran majlis ini adalah sebagai penghargaan kepada warga kerja PERDA atas sumbangan, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan demi memastikan kecemerlangan organisasi terus diperkasakan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang dan memberikan perkhidmatan terbaik pada masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas kejayaan yang telah diraih.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.