Pihak PERDA berbesar hati menerima lawatan rasmi daripada Delegasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada hari ini.
Delegasi lawatan ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, serta turut dihadiri oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum.
Lawatan ini bertujuan untuk meneliti dan membincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam mempertingkatkan inisiatif kebajikan dan pembangunan sosial. Fokus utama adalah ke arah memperkasakan golongan sasar melalui pendekatan yang lebih holistik dan bersepadu.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian delegasi untuk turun padang dan meninjau sendiri pelaksanaan program serta inisiatif yang sedang dijalankan. Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
