23 April 2026 | Nibong Tebal
Pada 23 April 2026, telah berlangsung sesi taklimat dan penerangan berkaitan keusahawanan TVET kepada Alumni PERDA-TECH, yang memberi fokus kepada pelbagai program dan projek pembangunan usahawan.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Musa dan Puan Monaliza binti Khalid daripada Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA. Antara program yang diperkenalkan termasuk Program Mentor dan Mentee (MMU), Program Start Right (PSR), P-Digital serta inisiatif Usahawan TVET di bawah TEKUN.
Diharapkan sesi ini dapat merapatkan hubungan antara pengurusan PERDA-TECH dan Persatuan Alumni, di samping memperluaskan peluang serta ruang sokongan dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan alumni.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas