20 April 2026 | Butterworth
YB Dato' Haji Rashidi bin Zinol, Timbalan Pengerusi PERDA merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Pulau Pinang pada hari ini.
Ketibaan delegasi tersebut turut disambut oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju strategik serta memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak khususnya dalam usaha memperkasakan industri nanas serta meningkatkan sosioekonomi usahawan tani di seluruh negeri Pulau Pinang.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
