PERDA Terima Pengiktirafan Bagi Inisiatif PERDA4U

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
16 April 2026    |     Pulau Pinang

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sekali lagi mengukir kejayaan apabila inisiatif PERDA4U telah menerima pengiktirafan Kindness Movement Award daripada Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET Malaysia) atas kecemerlangan pelaksanaan program berteraskan pembangunan komuniti dan kelestarian sosial.

Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan beberapa kriteria penilaian utama, antaranya:
  • Impak kepada komuniti – sejauh mana program memberi manfaat langsung dan berterusan kepada masyarakat
  • Kelestarian inisiatif – keupayaan program dilaksanakan secara konsisten dan berimpak jangka panjang
  • Pendekatan inklusif – penglibatan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang
  • Inovasi sosial – kaedah pelaksanaan yang kreatif dan relevan dengan keperluan semasa
  • Keberkesanan pelaksanaan – tahap penyampaian bantuan dan program yang efisien serta tersusun
PERDA dipilih sebagai penerima pengiktirafan ini kerana kejayaan menterjemahkan pendekatan “people-centric” melalui program PERDA4U, yang bukan sahaja memberi bantuan segera, malah membina asas pembangunan komuniti yang lebih mampan.

Melalui pelaksanaan program turun padang, bantuan kebajikan serta pelbagai inisiatif kesejahteraan rakyat, PERDA telah membuktikan komitmen tinggi dalam memastikan setiap usaha yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada rakyat.

Kejayaan ini juga selari dengan aspirasi pembangunan negara berteraskan nilai MADANI, yang menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial secara inklusif.

PERDA akan terus komited dalam memperkasa inisiatif berimpak tinggi seperti PERDA4U, selaras dengan tagline “Merealisasikan Harapan Rakyat”, demi memastikan kesejahteraan masyarakat terus dipelihara dan diperkukuhkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan inisiatif ini.

“Pengiktirafan KINDNESS AWARD ini membuktikan bahawa setiap usaha yang dilaksanakan melalui PERDA4U bukan sekadar program, tetapi satu manifestasi keprihatinan yang memberi makna sebenar kepada kehidupan masyarakat".

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.