Festival Makanan @ Ikon Desa Putrajaya

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
11 - 12 April 2026    |    Putrajaya

Program Festival Makanan @ Ikon Desa Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya pada 11 dan 12 April 2026 bertempat di Souq Putrajaya.

Sepanjang dua hari penganjuran tersebut, pelbagai jenis makanan telah ditawarkan kepada pengunjung, sekali gus berjaya menarik kehadiran orang ramai yang ingin menikmati hidangan menarik serta menyokong usahawan tempatan.

Berita baik kepada semua, program ini akan diteruskan pada 18 dan 19 April 2026 dengan menampilkan lebih banyak pilihan makanan yang pastinya menggamit selera.

Orang ramai khususnya warga Putrajaya dan kawasan berdekatan dijemput hadir bagi memeriahkan suasana serta mengambil peluang menikmati pelbagai hidangan menarik yang disediakan.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan menyokong usaha memperkasa ekonomi usahawan tempatan.
 

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.