Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Zon Utara Bil. 2/2026

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
21 Mei 2026    |     Butterwoth

Encik Mohd Sabri bin Ramly, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Zon Utara Bil. 2/2026 pada hari ini.

Mesyuarat strategik ini turut dihadiri oleh Puan Noorhayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA serta barisan wakil agensi daripada GIATMARA Sdn Bhd, GIATMARA Negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), FELCRA Bina Sdn Bhd, RISDA Bina Sdn Bhd, serta Pejabat KKDW Negeri Perak, Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang.

Fokus utama mesyuarat adalah untuk membentangkan laporan prestasi pelaksanaan program PPRS di bawah seliaan setiap agensi terlibat, berdasarkan peruntukan kewangan yang telah disalurkan.

Selain itu, platform ini digunakan bagi membincangkan penyelesaian terhadap isu-isu berbangkit di lapangan, terutamanya yang melibatkan proses penapisan serta pemilihan nama penerima manfaat program.

Melalui inisiatif ini, semua agensi komited untuk menyelesaikan setiap kekangan teknikal bagi memastikan projek PPRS dapat disempurnakan mengikut jadual yang ditetapkan demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan masyarakat luar bandar.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.