29 April 2026 | Putrajaya
Sesi Mesyuarat Pemeriksaan Permohonan Bajet Program/Projek Pembangunan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) RP2 Tahun 2027 telah diadakan bersama Kementerian Ekonomi.
Mesyuarat ini telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Puan Noorhayati Binti Ishak dan dipengerusikan oleh Encik Wan Muhammad Najib bin Wan Ab. Karim, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi.
Bagi RP2 Tahun 2027, PERDA telah mengemukakan permohonan sebanyak 28 projek di bawah Pembangunan Wilayah melibatkan peruntukan pembangunan berjumlah RM24.19 juta.
Permohonan ini bertujuan memperkukuh pembangunan wilayah secara menyeluruh, meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat serta memastikan pelaksanaan inisiatif pembangunan PERDA terus memberi impak langsung kepada rakyat Pulau Pinang selaras dengan aspirasi RMKe-13.
Inisiatif yang dicadangkan memberi penekanan kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar, pengukuhan infrastruktur serta pemerkasaan komuniti bagi merapatkan jurang pembangunan wilayah secara inklusif dan mampan.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas