25 Mei 2026 | Butterworth
Majlis Perhimpunan Khas telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Mutiara Wawasan.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA bersama barisan Pengurusan Tertinggi serta warga kerja PERDA.
Perhimpunan khas ini diadakan sebagai platform kepada pihak pengurusan untuk menyampaikan amanat serta penjelasan berhubung situasi semasa ekonomi negara yang turut memberi kesan kepada sektor awam dan pengurusan organisasi. Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Pengurus Besar turut menekankan kepentingan langkah penjimatan dan pengoptimuman penggunaan bekalan di peringkat PERDA yang akan mula berkuat kuasa pada 25 Mei 2026.
Antara langkah yang diperkenalkan adalah bagi memastikan pengurusan perbelanjaan dapat dilaksanakan secara lebih berhemah, di samping menjaga kestabilan bajet dan kelangsungan operasi agensi agar terus berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Diharapkan usaha serta komitmen bersama seluruh warga PERDA dalam melaksanakan langkah penjimatan ini dapat membantu memperkukuhkan pengurusan sumber dan memastikan PERDA terus berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
