10 April 2026 | Ibu Pejabat PERDA
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Zainol bin Jamil, Pengarah Jabatan Perangkaan Pulau Pinang.
Pertemuan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi kerajaan bagi memastikan penyelarasan maklumat yang lebih efektif dan sistematik.
Fokus utama perbincangan tertumpu kepada aspek pengurusan data penduduk serta perkongsian input Banci Ekonomi bagi kawasan wilayah kendalian PERDA.
Integrasi data yang tepat amat kritikal dalam membantu pihak pengurusan merangka strategi pembangunan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan, selaras dengan keperluan semasa rakyat di negeri ini.
Melalui sinergi ini, PERDA berharap dapat membantu sedikit sebanyak dalam pengurusan bancian ekonomi di peringkat negeri Pulau Pinang.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
