9 Jun 2026 | Pulau Pinang
Pihak PERDA telah menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Pembangunan Wilayah (BPW), Kementerian Ekonomi bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi menjayakan Sesi Lawatan Tapak Permohonan Program atau Projek Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2027, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Lawatan ini bertujuan memberikan gambaran terperinci secara fizikal berkenaan skop, lokasi, dan keperluan justifikasi projek-projek baharu yang telah dimohon oleh PERDA.
Antara lokasi dan cadangan projek strategik PERDA yang telah dilawati termasuklah:
- Pembangunan Semula Kemudahan Pelancongan Lestari Daerah Barat Daya
- Projek Pembinaan Kemudahan Penginapan Pelajar di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH), Nibong Tebal
Sesi taklimat dan lawatan bersemuka di tapak ini amat penting bagi memastikan setiap perancangan, anggaran kos, dan status semasa projek adalah lengkap serta tepat demi kelulusan program pembangunan yang berimpak tinggi untuk kesejahteraan komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Mariam binti Ilias, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi serta seluruh barisan jawatankuasa KKDW dan Kementerian Ekonomi atas komitmen padu yang diberikan sepanjang sesi lawatan ini berlangsung.
Semoga usaha murni ini membuahkan hasil terbaik demi kelestarian pembangunan wilayah.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
