07 Mei 2026 | Alor Setar
Sesi Kunjungan Hormat Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum serta penyampaian Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ahli Lembaga Pengarah PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB) telah diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah.

Delegasi PERDA turut disertai oleh Encik Norhafizam bin Sirat, Ketua Pegawai Operasi, PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB).
Kunjungan hormat YBhg. Dato' Pengurus Besar yang juga merupakan Alumni Maktab Mahmud Alor Setar tahun 1984 telah disambut oleh YBrs. Ustaz Mohd Asri bin Saad, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Lembaga Maktab Mahmud dan YBrs. Ustaz Mohd Shauki bin Mohd Kasim, Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkukuh hubungan strategik serta menyemai nilai keprihatinan sosial melalui pelaksanaan program CSR kepada komuniti pendidikan.
Di samping itu, sesi ini juga dapat memberi hebahan berkaitan program-program pengajian yang terdapat di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) khususnya kepada lepasan pelajar Maktab Mahmud.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas