19 April 2026 | Seberang Perai
International Conference on Research, Innovation, Sustainability & Education (iRiseCon) telah diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang yang melibatkan 6 negara luar iaitu Turkie, Iraq, Indonesia, India, Brunei serta Malaysia.
PERDA-TECH telah dijemput bagi membentangkan kajian penyelidikan iaitu Factors That Influence Student Mental Distress At PERDA-TECH yang melibatkan khususnya pelajar -pelajar Jabatan Multimedia Kreatif dan Jabatan Seni reka Fesyen di PERDA-TECH.
TAHNIAH buat Cik Rabiatu Adawiyah Bt Mohamad Yasin dan Cik Nor Farahana BT Mohd Shaari yang berjaya menyiapkan kajian ini dan membentangkan bagi sesi iRiseCon 2026 seterusnya menunjukkan PERDA-TECH mendepani dalam melibatkan penyertaan kajian peringkat antarabangsa serta dapatan kajian ini bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah mental.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
