Bazar Jualan Hari Raya Aidiladha

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
22 Mei 2026    |     Perkarangan Ibu Pejabat PERDA

Alhamdulillah, Bazar Jualan Hari Raya Aidiladha anjuran Biro Ekonomi dan Keusahawanan KSKKP yang telah berlangsung pada 22 Mei 2026 di Perkarangan Ibu Pejabat PERDA telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peniaga dan usahawan untuk mempromosikan serta memasarkan produk dan perkhidmatan mereka, malah turut menjadi platform yang dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja dan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung, peniaga serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan dan memeriahkan program ini. Kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan amat dihargai dan menjadi faktor penting kepada kelancaran penganjuran program ini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam menyokong dan memperkasakan usahawan tempatan, di samping mewujudkan suasana komuniti yang lebih erat dan harmoni.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan dan semoga berjumpa lagi dalam program-program akan datang.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.