Sesi Town Hall Majlis Penasihat PERDA-TECH dan Pengurusan Tertinggi PERDA Bersama Pelajar

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
9 April 2026   |    PERDA-TECH

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) hari ini telah menjadi tuan rumah kepada Program Town Hall yang mempertemukan barisan Majlis Penasihat PERDA-TECH serta Pengurusan Tertinggi PERDA bersama para pelajar.

Program yang berlangsung di Dewan Utama PERDA-TECH ini merupakan satu platform strategik dalam memperkukuh jalinan komunikasi antara pihak kepimpinan dan warga pelajar, di samping menjadi wadah penyampaian visi hala tuju institusi.

Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga pelajar, program turut diserikan dengan Sesi Pemberian Wang Zakat kepada para pelajar.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menjadi suntikan semangat untuk mereka terus berusaha mencapai kejayaan.
 

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.