PERDA-TECH–SHRDC Jalinkan Kerjasama Teknologi Solar

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
22 April 2026    |    Nibong Tebal

Satu pertemuan penting telah berlangsung pada petang ini antara pihak PERDA-TECH dan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC). Delegasi SHRDC diwakili oleh General Manager (GM), Puan Masliza Binti Osman, serta Business Development Associate, Encik Hisham Bin Md Hassan.

Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama strategik dalam bidang teknologi solar. Inisiatif ini bertujuan membuka peluang kepada para pelajar Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) untuk mendalami kepakaran dalam industri tenaga boleh diperbaharui.

Kerjasama yang dirancang ini dijangka memberikan impak yang signifikan, khususnya dalam memperkukuh kemahiran teknikal (TVET) serta meningkatkan kebolehpasaran graduan selaras dengan keperluan industri semasa.

Diharapkan usaha ini akan membuahkan hasil yang positif demi menjamin masa depan generasi muda yang lebih cemerlang.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.