13 Mac 2026 | Ibu Pejabat PERDA
Pada 13 Mac 2026 (Jumaat) jam 2.00 petang telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran PUSPANITA PERDA 2026/1447H dengan penyertaan seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah Al-Quran secara berjemaah, diikuti dengan bacaan doa khatam serta tazkirah ringkas yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Tazkirah tersebut bertujuan memberi panduan dan pengajaran mengenai penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan penghayatan terhadap Al-Quran serta mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim dalam kalangan ahli PUSPANITA PERDA.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk kecintaan terhadap Al-Quran serta memperkukuh nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
PUSPANITA PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Majlis Khatam Al-Quran PUSPANITA PERDA 2026/1447H
- Hits: 4

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
