5 Jun 2026 | Kuala Lumpur
YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MATRADE yang berlangsung di Ibu Pejabat MATRADE, Kuala Lumpur.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBrs. Tuan Abu Bakar Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MATRADE dan YBrs. Tuan Mansor Shah Wahid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara PERDA dan MATRADE di samping membincangkan potensi kerjasama dalam memperkasa pembangunan usahawan, khususnya dalam aspek pengembangan pasaran, promosi perdagangan serta peningkatan daya saing produk usahawan ke peringkat yang lebih luas.
PERDA komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama bersama agensi-agensi strategik bagi memastikan pembangunan usahawan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan mampan selaras dengan agenda pembangunan ekonomi negara.

GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas