17 Mac 2026 | Ibu Pejabat PERDA
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah melaksanakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac 2026 yang berlangsung di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA hari ini.
Majlis yang diadakan ini turut diserikan dengan Program Ilmiah Ramadan Siri 4/2026 bagi menyemarakkan lagi pengisian rohani dalam kalangan kakitangan sepanjang bulan yang mulia ini.
Hadir menyempurnakan majlis adalah Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA bersama-sama Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).
Antara intipati utama perhimpunan kali ini termasuklah amanat berkaitan hala tuju agensi, pengurusan prestasi kakitangan, serta pengisian ilmu yang menekankan aspek integriti dan produktiviti sepanjang bekerja di bulan Ramadan.
Pihak pengurusan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja yang memberikan komitmen penuh dalam menjayakan majlis pada pagi ini.
Majlis Perhimpunan Bulanan PERDA Mac 2026 dan Program Ilmiah Ramadan Siri 4/2026
- Hits: 13

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
