Festival Makanan IKONDESA @ Putrajaya

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
19 April 2026    |     Putrajaya

Festival Makanan IKONDESA @ Putrajaya terus meriah sepanjang bulan April 2026 dengan penglibatan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam usaha mempromosikan keunikan makanan tradisional dari setiap negeri.

PERDA telah diberi amanah untuk menyelaras penganjuran festival ini, dengan penyertaan usahawan bimbingan PERDA yang tampil memperkenalkan pelbagai juadah menarik seperti mee sotong, pasembur, char kuey teow dan banyak lagi pada setiap hujung minggu.

Memasuki minggu ketiga penganjuran, suasana festival bertambah semarak dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri Bin Baharum; Pengurus Besar PERDA bersama Puan Fariza Azura Binti Mohd Hussain; Setiausaha Bahagian Usahawan Desa KKDW yang turut meluangkan masa menyantuni para usahawan serta pengunjung.

Festival ini bukan sahaja menjadi platform memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan, malah turut memperkasa usahawan desa dalam memperluas jaringan perniagaan dan meningkatkan daya saing mereka.
 

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.