Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bureau Veritas Malaysia Sdn. Bhd.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
18 Mei 2026    |     Kuala Lumpur

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melalui Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bureau Veritas Malaysia Sdn. Bhd. pada 18 Mei 2026 bertempat di Pejabat Bureau Veritas Malaysia Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA; Encik Rohaimi bin Othman, Pengarah PERDA-TECH; Encik Muhammad Azwan bin Zakaria, Timbalan Pengarah PERDA-TECH; YBrs. Tuan Mohd Hilmi bin Elias, Pengerusi Majlis Penasihat PERDA-TECH merangkap Ahli Lembaga Pengarah PERDA; serta Puan Wan Nurhazwani binti Wan Yusoff, wakil daripada Unit Perancangan TVET, KKDW.

Turut hadir mewakili pihak Bureau Veritas Malaysia Sdn. Bhd. ialah Dato’ Mohd Nizam bin Abdul Malik, Country Chair / Legal Representative; Encik Shahril Azam bin Mohamed Sharip, Head of Industry; Encik Mustafa Kamal bin Muda, Head of Business Development – Industry & Facilities; serta Encik Mohamad Jamalullail Musa, Head of Major Project and Branches.

Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh hubungan industri serta membuka lebih banyak peluang pembangunan kemahiran, latihan profesional dan kebolehpasaran graduan selaras dengan keperluan industri semasa khususnya bidang kimpalan dan kimpalan dalam air.

Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin untuk PERDA-TECH dalam usaha membangunkan modal insan yang berdaya saing, progresif dan relevan.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.