16 April 2026 | Kuala Sungai Pinang
Sesi Memperbaharui Perjanjian Sewaan Skim Perumahan Rakyat (SPR) PERDA Kuala Sungai Pinang telah berlangsung di DEMAS@PERDA Seri Nelayan Community Centre, Kuala Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 16 April 2026.
PERDA menyediakan kemudahan perumahan di bawah skim sewaan di Taman Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Selain itu, turut ditawarkan Skim Penyewaan Dengan Opsyen Pemilikan (RTO) di Taman Desa Ara serta Taman Desa Rakyat, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Inisiatif SPR PERDA ini memberi manfaat kepada golongan sasar, khususnya rakyat Pulau Pinang, dalam memiliki akses kepada perumahan yang selesa dan mampu milik.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
