Sebagai sebahagian daripada perancangan pembangunan infrastruktur dan penawaran Program Diploma Agroteknologi yang dijangka bermula pada Julai 2027, PERDA-Tech telah melaksanakan lawatan penanda aras ke Syarikat Ayam Dindings, Setiawan, Perak.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar keperluan industri, khususnya dalam bidang ternakan ayam yang merupakan antara sektor penting dalam menyokong keterjaminan makanan negara, selain menilai potensi pembangunan kurikulum yang selari dengan kehendak industri semasa.
Selain itu, lawatan ini turut memberi fokus kepada penerapan pendekatan Work Based Learning (WBL) bagi memastikan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan dapat memenuhi keperluan industri serta menyokong hala tuju program di bawah akreditasi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen PERDA-Tech dalam memperkukuhkan pendidikan berasaskan industri serta melahirkan graduan TVET yang kompeten dan bersedia memenuhi keperluan pasaran kerja.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
