9 Jun 2026 | Pulau Pinang
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang.
Pertemuan strategik ini bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci mengenai penganjuran Ekspo PERDA (EXPERT) 2026 yang membawakan tema "Sinergi Halal: Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi".
Fokus utama perbincangan merangkumi beberapa perkara mustahak termasuk jalinan sinergi dalam industri halal, pemerkasaan hab perdagangan global, serta usaha memanfaatkan kedudukan geografi Pulau Pinang yang strategik bagi membina kelestarian hubungan perniagaan antarabangsa antara kedua-dua pihak.
Melalui kunjungan hormat ini, PERDA berharap kolaborasi yang dirancang dapat memperkukuh jaringan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan, sekali gus membuka peluang pasaran yang lebih luas serta memberikan limpahan manfaat ekonomi yang signifikan kepada komuniti usahawan tempatan.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
