PERDA Sertai Pameran Resilient Asia 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
26 April 2026    |     Kuala Lumpur

PERDA telah menyertai Pameran Resilient Asia 2026 Exposition & Forum anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dari 24 hingga 26 April 2026.

Penyertaan ini melibatkan barisan usahawan PERDA di bawah reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai platform untuk mengetengahkan produk makanan Ready-To-Eat (RTE) yang sesuai digunakan semasa situasi bencana.

Sepanjang program berlangsung, para usahawan berpeluang mempamerkan inovasi produk makanan RTE yang praktikal, tahan lama dan mudah disediakan, sekali gus menyokong keperluan pengurusan bencana.

Inisiatif ini juga membuka ruang jaringan strategik serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesiapsiagaan makanan dalam situasi kecemasan.

Program yang berlangsung dengan jayanya ini mampu memberi impak positif dalam memperkukuh keupayaan serta daya saing usahawan PERDA pada peringkat yang lebih luas.


AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.