Sesi Pra Peluncuran dan Pandu Uji Bot Pelancong

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
19 Mei 2026    |     Butterwoth

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bersama Koperasi Sinar Azam Pulau Pinang Berhad (KOPSA) telah mengadakan Sesi Pra Peluncuran dan Pandu Uji tiga (3) unit bot pelancong di Fibra Marine Manufacture & Trading pada hari ini.

Pelaksanaan projek ini merupakan antara komitmen PERDA dalam memperkasakan ekonomi komuniti melalui pembangunan pelancongan berasaskan komuniti di bawah Program Desa Lestari, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Inisiatif ini dilaksanakan bagi mewujudkan peluang ekonomi baharu, menjana pendapatan komuniti setempat serta meningkatkan daya tarikan pelancongan kawasan pesisir pantai secara mampan dan berdaya saing.

Sesi pandu uji tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA; Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan); Cik Massuria binti Mat Husin, Pengurus Pembangunan Insan; Tuan Haji Zainudin bin Yusoff, Pengerusi KOPSA; serta para Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan ahli-ahli KOPSA.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.