14 Mac 2026 | Kampung Alma, Bukit Mertajam
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Majlis Sentuhan Kasih Ramadan PERDA 2026 bertempat di Masjid Jamek Kampung Alma, Bukit Mertajam pada 14 Mac 2026 bersamaan 24 Ramadan 1447H.
Program ini merupakan inisiatif PERDA dalam menyantuni masyarakat setempat di sepanjang bulan yang mulia ini.
Program ini telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan aktiviti rewang dan gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa dan seterusnya melibatkan majlis penyampaian sumbangan kepada masjid, asnaf, serta penyerahan sijil TVET GIATMARA.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi GIATMARA Malaysia, YBhg Datuk Haji Musa Bin Haji Sheikh Fadzir dan barisan Pengurusan Tertinggi PERDA yang diketuai oleh Puan Noor Hayati Binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).
Semoga langkah murni yang dilaksanakan PERDA sepanjang bulan Ramadan kali ini mendapat keberkatan dan memberikan impak positif kepada kesejahteraan komuniti.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
