Lawatan Penanda Aras Program Pra Diploma ke UiTM Permatang Pauh

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
06 Mei 2026    |     Permatang Pauh

Dalam usaha memperkukuh perancangan Program Pra Diploma yang bakal diperkenalkan, satu sesi lawatan penanda aras telah diadakan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh.

Lawatan ini bertujuan untuk menimba pengalaman serta memahami amalan terbaik (best practices) dalam pengurusan program akademik daripada pihak UiTM yang sememangnya berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tersebut.

Segala perkongsian, panduan dan input yang diperoleh sepanjang sesi ini akan dijadikan rujukan penting dalam merangka modul, pelaksanaan serta hala tuju Program Pra Diploma pada masa akan datang.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UiTM Permatang Pauh atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan memberikan tunjuk ajar sepanjang lawatan ini.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.