Kunjungan Hormat PERDATECH ke HQ Meraque Sdn. Bhd.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
19 Mei 2026    |     Puchong

Kunjungan hormat telah diadakan oleh Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) ke Ibu Pejabat Meraque Sdn Bhd bagi tujuan perbincangan ke arah jalinan kerjasama industri melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.

Delegasi PERDA-TECH diketuai oleh Pengarah, bersama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA) serta wakil daripada Jabatan Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH. Perbincangan tertumpu kepada pemuktamadan terma MoU di samping mengenal pasti potensi pelaksanaan program Work Based Learning (WBL) di bawah akreditasi Malaysia Board of Technologists (MBOT).

Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh hubungan industri dan membuka lebih banyak peluang pembangunan kemahiran serta kebolehpasaran graduan PERDA-TECH.


AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.