Kunjungan Hormat dan Sesi Penerangan Penganjuran Expo PERDA (EXPERT) 2026

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
9 April 2026   |    Georgetown

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Georgetown, Pulau Pinang.

Pertemuan ini bertujuan untuk memberi penerangan terperinci mengenai penganjuran Expo PERDA (EXPERT) 2026 yang bertemakan "Sinergi Halal: Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi".

Fokus utama perbincangan merangkumi beberapa perkara strategik seperti sinergi pensijilan halal, hab perdagangan ASEAN berdasarkan kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang strategik dan kelestarian hubungan perniagaan.

Diharapkan kolaborasi ini akan dapat memperkukuh jaringan perdagangan dan perniagaan serta memberi limpahan manfaat ekonomi kepada seluruh rakyat. 

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.