25 Mei 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Pulau Pinang.
Delegasi HASiL Pulau Pinang tersebut diketuai oleh Encik Mohamad Roshidin bin Desa, Pengarah Operasi Negeri (Seksyen Perisikan dan Profiling). Turut serta dalam kunjungan ini ialah Encik Azhar Mohamad Suffian bin Ishak (Pengurus Unit), Encik Mohd Ariffaizan bin Mohd Zain (Eksekutif Hasil Kanan II), serta Puan Nurul Hawanis binti Saharin (Eksekutif Hasil).
Pertemuan rasmi ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat di antara pihak HASiL Pulau Pinang dengan pihak PERDA.
Selain itu, kunjungan ini juga menjadi platform perbincangan strategik bagi mengenal pasti maklumat atau data yang boleh diperolehi daripada PERDA untuk menyokong kelancaran urusan percukaian demi kepentingan bersama.
PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada HASiL Pulau Pinang atas kunjungan ini. Semoga jalinan kerjasama dan komitmen yang dizahirkan ini dapat memacu pembangunan yang lebih progresif serta mampan untuk negeri Pulau Pinang.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
