Lawatan Benchmarking Pembangunan Program Diploma Agroteknologi

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
3 Jun 2026    |     Kedah

Bagi memperkukuh perancangan penawaran Program Diploma Agroteknologi yang dijadualkan bermula pada Julai 2027, satu lawatan benchmarking telah dilaksanakan di Colla Cattle, Sungai Tengas, Kulim, Kedah dan N/A Wawasan Ternakan, Karangan, Kedah bagi meninjau amalan terbaik industri serta mengenal pasti keperluan semasa sektor agroteknologi.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan input daripada pemain industri dalam bidang ternakan lembu, kambing, ayam dan akuakultur bagi memastikan program yang dibangunkan memenuhi keperluan pasaran kerja serta perkembangan teknologi terkini. Di samping itu, lawatan ini turut memberi peluang untuk menilai potensi kerjasama strategik dalam pembangunan kurikulum yang relevan, berdaya saing dan selaras dengan kehendak industri.

Selain aspek kurikulum, lawatan ini juga memfokuskan kepada perancangan pembangunan infrastruktur pembelajaran termasuk kandang ternakan, ladang pengeluaran dan kolam akuakultur yang menepati piawaian serta teknologi semasa industri. Penandaarasan terhadap fasiliti dan operasi industri akan dijadikan rujukan dalam membangunkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, moden dan berorientasikan amalan kerja sebenar.

Melalui inisiatif ini, institusi berhasrat untuk mengintegrasikan pendekatan Work Based Learning (WBL) secara lebih efektif dalam pelaksanaan program, sekali gus memberikan pengalaman pembelajaran yang autentik kepada pelajar. Pendekatan ini juga akan menyokong usaha mendapatkan akreditasi Majlis Teknologis Malaysia (MBOT) serta memastikan graduan yang dilahirkan memiliki kompetensi, kemahiran teknikal dan kebolehpasaran yang tinggi sejajar dengan keperluan industri agroteknologi negara.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.