8 Jun 2026 | Pulau Pinang
PERDA-Tech terus memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik bersama YB Dato' Hj. Rashidi bin Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan dalam usaha menjayakan inisiatif pembangunan pertanian komuniti di Sungai Acheh.
Perbincangan yang diadakan memberi fokus kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi melibatkan pemindahan teknologi pertanian, peningkatan kemahiran serta bimbingan keusahawanan bagi membantu komuniti setempat memperkasa potensi sektor pertanian.
Usaha ini selaras dengan komitmen PERDA-Tech dalam menyokong pembangunan luar bandar melalui penerapan inovasi, teknologi dan pendekatan pertanian moden yang mampu menjana peluang ekonomi kepada masyarakat.

Nantikan perkembangan lanjut daripada inisiatif strategik ini!

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas