9 Jun 2026 | Pulau Pinang
PERDA Halal Park hari ini menerima kunjungan lawatan kerja daripada delegasi Halal Development Corporation Berhad (HDC). Lawatan strategik ini bertujuan untuk menilai status kemajuan pembangunan semasa serta membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan halal park di wilayah ini.
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak dalam meneliti hala tuju strategik PERDA untuk memperkukuh ekosistem industri halal, sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan pelaburan di peringkat negeri dan nasional.
Melalui lawatan kerja ini, PERDA berharap dapat terus memperkukuh hubungan kerjasama dua hala bersama HDC, selain membuka lebih banyak peluang perkongsian kepakaran demi pemerkasaan industri halal dan pembangunan usahawan tempatan yang mampan.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
