Pada 22 April 2026, PERDA-TECH telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau (KKTM).
Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pihak delegasi untuk meninjau fasiliti kampus kami secara lebih dekat, malah turut diisi dengan sesi perbincangan dua hala yang amat bermakna. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk peluang kemasukan pelajar, hala tuju pendidikan kemahiran, serta potensi kerjasama strategik yang boleh diteroka pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak KKTM atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke PERDA-TECH. Semoga jalinan ukhuwah dan sinergi yang terjalin ini terus diperkukuh demi memperkasakan lagi institusi TVET negara.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
