Lawatan Kerja ABM Cawangan Utara ke PERDA-TECH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
12 Mei 2026    |     Nibong Tebal

Lawatan Kerja oleh CEO ABM Cawangan Utara, Tuan Br. PMr. Mohd Nazri Bin Zakaria Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara dan pegawai kanan ABM ke PERDA-TECH telah berlangsung pada 12 Mei 2026.

PERDA-TECH amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak Akademi Binaan Malaysia (ABM). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau fasiliti, ruang kawasan, serta kelengkapan peralatan moden yang terdapat di sini.

Selain sesi lawatan, satu perbincangan khas turut diadakan bagi memperincikan cadangan penyediaan Sudut Khas Latihan. Inisiatif ini bakal mempermudahkan urusan latihan teknikal serta proses mendapatkan pensijilan CIDB (Construction Industry Development Board) pada masa akan datang.

Semoga kerjasama ini membuka lebih banyak peluang buat pelatih kami!

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.