Pertandingan Pickleball Terbuka anjuran Bank Islam Pulau Pinang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
16 Mei 2026    |     Butterworth

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pemain Pickleball PERDA atas kejayaan membanggakan apabila berjaya muncul sebagai Johan dan meraih tempat Ketiga dalam Pertandingan Pickleball Terbuka anjuran Bank Islam yang berlangsung pada 16 Mei 2026 di PickleSquad Raja Uda, Pulau Pinang.

Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan di gelanggang, malah menjadi lambang semangat berpasukan, disiplin tinggi serta komitmen berterusan warga PERDA dalam mengharumkan nama organisasi. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.