Ramadhan 1147H | Ibu Pejabat PERDA
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. atas kelancaran Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1447H/2026M anjuran Biro Kerohanian dan Kebajikan, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA (KSKKP) yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini bertempat di Surau Ibu Pejabat PERDA melibatkan penyertaan daripada 11 orang kakitangan yang komited dalam melunaskan agenda kerohanian ini yang berobjektifkan :
- Menyemarakkan Syiar Islam : Menjadikan persekitaran pejabat sebagai ruang yang barakah melalui lantunan ayat-ayat suci Al-Quran
- Pengukuhan Silaturahim : Mempererat hubungan ukhuwah dan semangat kerjasama antara kakitangan merentasi pelbagai bahagian.
Pihak BKK KSKKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta atas kesungguhan serta disiplin yang dipamerkan sepanjang program berlangsung. Kejayaan pelaksanaan tadarus ini mencerminkan keseimbangan antara tuntutan kerja dan pengisian rohani dalam kalangan warga kerja PERDA.
Semoga usaha murni ini diterima sebagai amal soleh dan menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti serta jati diri yang cemerlang.
Semoga usaha murni ini diterima sebagai amal soleh dan menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti serta jati diri yang cemerlang.
"Ramadan Dihayati, Al-Quran Dihati".

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
