Festival Makanan @ Ikon Desa Putrajaya

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
4 & 5 April 2026   |  Putrajaya

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) telah menganjurkan Program Festival Makanan @ Ikon Desa Putrajaya yang berlangsung pada 4 dan 5 April 2026 bertempat di Souq Putrajaya.

Program ini akan diteruskan pada setiap hujung minggu sepanjang bulan April 2026 sebagai platform mempromosikan produk makanan usahawan desa, khususnya dari negeri Pulau Pinang, kepada masyarakat umum.

Pelbagai juadah menarik dan autentik dari Pulau Pinang ditawarkan kepada pengunjung, sekali gus memberi peluang kepada usahawan untuk memperluas pasaran dan meningkatkan pendapatan.

Penganjuran pada minggu ini turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan KKDW iaitu Puan Fariza Azura Mohd Husain, Setiausaha Bahagian Pembangunan Usahawan Desa, Datin Sri Norfaliza Ismail serta Cik Nadzirah Abdul Mutalib.

Sehubungan itu, usahawan dari Pulau Pinang yang berminat untuk menyertai program jualan pada minggu-minggu seterusnya adalah dipelawa untuk menghubungi En. Mohd Safwan Fathi di talian 04-3141251 bagi maklumat lanjut.

PERDA komited dalam memperkasakan pembangunan usahawan desa melalui inisiatif berterusan selaras dengan agenda pembangunan ekonomi luar bandar.
 

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.