08 Mei 2026 | Butterworth
Kunjungan hormat daripada delegasi RISDA Negeri Pulau Pinang kepada Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd. Asri bin Baharum telah berlangsung pada 8 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara Gemilang, Ibu Pejabat PERDA.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik serta memperkukuh kerjasama antara PERDA dan RISDA Negeri Pulau Pinang demi pembangunan komuniti dan sektor agro makanan di negeri ini.
Delegasi RISDA Negeri Pulau Pinang telah diketuai oleh Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Jarulullah bin Che Jahari bersama tiga orang pegawai pengiring.
Semoga kebersamaan dan kerjasama melibatkan kedua-dua agensi ini akan terus dipergiat demi membantu masyarakat desa di Pulau Pinang.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
