14 Mac 2026 | Seberang Perai Utara
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah melaksanakan Program Singgah Sahur PERDA4U 2026 yang berlangsung di sekitar daerah Seberang Perai Utara.
Program ini bertujuan untuk menyantuni serta menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan dan komuniti setempat sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti yang diberikan kepada masyarakat.
Kehadiran Pengurusan Tertinggi PERDA telah menyemarakkan lagi pengisian program kali ini, yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri Bin Baharum; Pengurus Besar PERDA, dan diiringi oleh Tuan Haji Anuar Bin Hj. Shahab; Timbalan Pengurus Besar Pengurusan serta Puan Noor Hayati Binti Ishak; Timbalan Pengurus Besar Pembangunan.
Antara lokasi yang dikunjungi termasuklah:
1. Balai Polis Teluk Air Tawar
2. Rumah Anak Yatim Kasih Abadi, Pokok Sena
3. Balai Polis Tasek Gelugor
4. Balai Bomba Tasek Gelugor
5. Pejabat AADK Tasek Gelugor
6. PBA Sungai Dua
7. Balai Polis Sg. Dua
Semoga usaha murni ini dapat memperkukuhkan ukhuwah serta hubungan silaturahim antara PERDA dan agensi-agensi terlibat, di samping menerapkan nilai keprihatinan dalam organisasi.
Program Singgah Sahur PERDA4U 2026
- Hits: 6

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
