Penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) Pertama Pangsapuri Bandar Baru Teluk Kumbar

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

29 Mac 2026   |  Teluk Kumbar

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada penduduk Blok 6 dan 7, Pangsapuri Bandar Baru Teluk Kumbar Lot 2032 atas kejayaan penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pertama hari ini.

Program yang berlangsung di pekarangan pangsapuri tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Puan Noor Hayati binti Ishak. Kehadiran penduduk dalam mesyuarat ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen tinggi terhadap masa depan dan kualiti hidup di kediaman yang telah dihuni selama lebih 25 tahun ini.

PERDA juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya atas kerjasama erat dalam menjayakan mesyuarat bersejarah ini.

Semoga pelantikan barisan Jawatankuasa MC yang baharu ini menjadi titik tolak kepada persekitaran komuniti yang lebih sejahtera, harmoni, dan berkualiti.


AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.