Program Ilmiah Ramadan Siri 3

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

13 Mac 2026   |   Ibu Pejabat PERDA

Suasana Ramadan di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus disemarakkan dengan penganjuran Program Ilmiah Ramadan Siri 3/2026.

Program ini merupakan inisiatif murni daripada Bahagian Khidmat Pengurusan PERDA dalam menganjurkan majlis ilmu kepada anggota kerjanya.

Sesi kali ini menampilkan penceramah jemputan yang terkenal iaitu Ustaz Muhammad Hafifi bin Don.

Berbekalkan tajuk, "Ramadan: Lembah Segala Kebaikan", Ustaz Muhammad Hafifi menekankan kepentingan merebut peluang keemasan di bulan suci ini untuk menggandakan amal kebajikan serta menyucikan rohani bagi membentuk peribadi warga kerja yang lebih cemerlang dan berintegriti.


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.