20 April 2026 | Nibong Tebal
Pada 20 April 2026, dengan simbolik peluncuran kapal terbang kertas buatan tangan, secara rasminya bermula Minggu STEM PERDA-TECH sempena sambutan Minggu Sains Negara. Program yang berlangsung dari 20 hingga 30 April 2026 ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Muhammad Azwan bin Zakaria. Dalam ucapannya, beliau berkongsi 3 formula utama kejayaan sepanjang pengajian:
- Pengurusan diri dan masa yang mantap
- Sokongan padu daripada waris
- Sokongan positif daripada rakan-rakan
Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti menarik menanti para pelajar, antaranya:
- Pertandingan Video Inovasi Hijau
- Kuiz Trivia STEAM
Program ini bukan sahaja memupuk minat terhadap bidang STEM, malah menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
