Kunjungan Hormat dan Sesi Penerangan Penganjuran Expo PERDA (EXPERT) 2026

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
16 April 2026    |     Georgetown

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah melaksanakan satu kunjungan hormat ke atas Konsulat Jeneral Diraja Thailand di Georgetown, Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara wilayah.

Pertemuan rasmi ini bertujuan untuk menyampaikan penerangan terperinci mengenai perancangan penganjuran Expo PERDA (EXPERT) 2026 yang bakal mengangkat tema "Sinergi Halal: Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi".

Dalam sesi perbincangan tersebut, tumpuan utama telah diberikan kepada beberapa agenda strategik yang merangkumi pengukuhan sinergi pensijilan halal serta pengoptimuman peranan Pulau Pinang sebagai hab perdagangan ASEAN yang kompetitif berdasarkan kedudukan geografinya yang strategik dengan negara Thailand.

Selain itu, kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan kelestarian hubungan perniagaan rentas sempadan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Melalui inisiatif kolaborasi ini, PERDA mengharapakan agar jaringan perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua pihak dapat diperteguh, sekali gus memberikan impak positif serta limpahan manfaat ekonomi yang menyeluruh kepada rakyat dan komuniti usahawan.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.