5 - 7 Februari 2024 | Iconic Hotel, Pulau Pinang
PERDA dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Zakat Pulau Pinang dan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) mengadakan Bengkel Bina Kit English Frenzy, Little Scientist dan Mathzania pada 5 hingga 7 Februari 2024.
Bengkel yang menghimpunkan seramai 60 orang Jurulatih Utama (JU) yang terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bekerjasama menghasilkan modul pembelajaran bagi ketiga-tiga subjek kepada para pelajar tahun 5 dan 6 sekolah rendah.
Modul ini mampu menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih ceria dan kreatif di luar bilik darjah.
GALERI GAMBAR