5 Disember 2024 | Kota Kinabalu
YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.
Sesi ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan ucapan terima kasih daripada Lembaga Pengarah, Pengurusan serta Warga PERDA kepada YBhg. Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa diatas jasa sepanjang menjadi sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah PERDA.
Kunjungan hormat ini juga di atur di sela-sela Bengkel dan Penandaarasan Berkaitan Menaiktaraf Sistem Kewangan PERDA ke versi GRP (Government Resources Planning) dan Sistem Aset Tak Alih (G-FIXED) di Ibu Pejabat Lembaga Koko Malaysia.
Foto : Ismat Afif
GALERI GAMBAR