8 Jun 2024 | Batu Maung, Pulau Pinang
Program PERDA Santuni Komuniti Madani ini adalah salah satu inisiatif pihak PERDA dalam usaha untuk membantu dan mensejahterakan masyarakat khususnya komuniti luar bandar. Program ini telah diadakan pada 8 Jun 2024 bertempat di Padang Awam Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.
Program ini dilaksanakan khusus bersama komuniti dengan pendekatan mendekati kumpulan sasar ini agar turut sama menerima manfaat serta maklumat terkini berkenaan inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dengan membawa perkhidmatan yang disediakan jabatan/agensi kerajaan ke kawasan kampung dan desa.
Selain itu, menerusi program ini juga semua jabatan/agensi kerajaan yang terlibat dapat terus memberikan perkhidmatan secara menyeluruh dan inklusif kepada masyarakat setempat.
Pengisian untuk siri pelaksanaan program ini akan melibatkan aktiviti pameran & kaunter perkhidmatan jabatan/agensi kerajaan, aktiviti kecergasan fizikal, jualan Agro Madani, sumbangan program peningkatan ekonomi, cabutan bertuah serta lain-lain aktiviti berkonsepkan kekeluargaan dan kemasyakaratan.
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir bersama YB Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang , Ybhg. Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein Bin Mydin Pengerusi PERDA, Ybrs. Encik Mohd Hafiz Aswad Bin Nadzri, Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya, Ybrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Baharum, Pengurus Besar Perda , YDH DCP Dato’ Mohd Alwi Bin Zainal Abidin, Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Ybrs. Encik Mohd Hafiz Bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang, Ybrs. Encik Yaacep @ Yacob Bin Md Noor, Pengerusi MPKK Permatang Damar Laut Daerah Barat Daya.
Jumlah pengunjung yang hadir adalah seramai 1000 orang.
GALERI GAMBAR